• Joget Pahang lenggok tarian,

  • Lagu mabuk si kunang-kunang,

  • Ketuk keromong seni gamelan,

  • Irama nusantara warisan bertandang...

Thursday, 8 May 2014

Rujukan

Buku Ahmad Farid Abd Jalal. (2008). Joget Pahang~Gamelan Melayu The Classical Ensemble of The Pahang Royal Court.  Pahang : Lembaga Muzium Negeri Pahang Sir Frank Athelstane Swettenham. (1878). “A Malay Nautch”, Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society JSBRAS 2, halaman 163 - 167. Mohd Mukhtar bin Abu Bakar. (1982). Joget Pahang: Satu usaha menghidupkannya kembali Jurnal ‘Pahang dalam Sejarah’, Bilangan 1, halaman 28 - 29 Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang Laman Web Bernama. (19 Sept, 2013).  LMNT Anjur...

Notasi Dan Lagu

Menurut Ahmad Farid (2008), muzik Gamelan Melayu tiada dokumentasi atau notasi yang dibuat secara formal kerana ia disampai melalui percakapan yang disampai kepada generasi ke generasi dan hanya pada sekitar tahun 1960-an barulah muzik gamelan itu di notasikan secara formal. Seterusnya dalam memartabatkan Gamelan Melayu, muzik tradisi ini terus dipelihara dan di ajar kepada generasi-generasi oleh tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang muzik gamelan dan juga orang – orang kuat tradisi “pencinta gamelan’. Berikut antara stail dan...

Instrumen Gamelan Melayu

Gamelan Melayu biasanya dimainkan dengan menggunakan 9 jenis instrumen yang terdiri daripada 7 jenis alat muzik utama iaitu keromong yang juga dikenali sebagai bonang, gambang, saron demung, kenong, gong kecil dan gong besar dan 2 jenis alat muzik dari kumpulan saron iaitu saron barung dan saron peking[1].  KEROMONG Keromong atau bonang merupakan alat muzik daripada kategori idiofon yang mempunyai bentuk seperti kendi ‘kettle...

Perbezaan Gamelan Melayu Dan Gamelan Jawa

Menurut Ahmad Farid Abd Jalal (2008)[1], gamelan boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berasal dari kedua-dua bahasa asli moden dan purba Indonesia yang mempunyai semua makna seperti bermain muzik, memukul seperti dram, orkestra dan gangsa. Perkataan ‘Gamel’ membawa maksud untuk tujuan memukul atau tukul tetapi masyarakat Jawa kemudiannya menggunakan perkataan tersebut bermaksud bermain alat muzik. Walaubagaimanpun, di Malaysia gamelan dirujuk sebagai satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa instrumen yang di palu dan kadang-kadang ia...

Sejarah Gamelan Melayu

Sejarah menunjukkan bahawa Gamelan Melayu mula diperkenalkan pada tahun 1811 apabila sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrumen muzik gamelan di bawa dari istana Riau-Lingga untuk menyerikan majlis perkahwinan diraja iaitu Wan Esah adinda kepada pemerintah Pahang. Bendahara Tun Ali (1806 – 1857) dengan Tengku Hussain putera sulung kepada sultan Riau-Lingga (Sultan Mahmud Syah III (1761 – 1812) yang berlangsung di Pekan, Pahang. Seni dan budaya persembahan Gamelan Melayu ini terus berkembang di negeri Pahang dan dikenali sebagai “Joget Pahang”...

Sunday, 27 April 2014

Seni Dan Budaya Gamelan Melayu

‘The Gamelan Melayu’ : Malay Classical music as played by the Royal ensemble, has an inherent mystical uniqueness and is a legacy left by the generation past, and which prevails in our midst today…”                                                                                      ...