Menurut Ahmad Farid Abd Jalal (2008), gamelan
boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berasal dari kedua-dua bahasa asli
moden dan purba Indonesia yang mempunyai semua makna seperti bermain muzik, memukul
seperti dram, orkestra dan gangsa. Perkataan ‘Gamel’ membawa maksud untuk
tujuan memukul atau tukul tetapi masyarakat Jawa kemudiannya menggunakan
perkataan tersebut bermaksud bermain alat muzik. Walaubagaimanpun, di Malaysia
gamelan dirujuk sebagai satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa instrumen
yang di palu dan kadang-kadang ia boleh diiringi dengan alat muzik dari jenis
tali atau alat tiup. Merujuk kepada Ahmad Farid Abdul Jalal dalam penulisannya
yang berjudul “Joget Pahang ~ Gamelan Melayu” menyatakan terdapat perbezaan
diantara Gamelan Melayu dengan Gamelan Jawa yang dinyatakan seperti berikut :
KATEGORI
|
GAMELAN MELAYU
|
GAMELAN JAWA
|
Asal - Usul
|
Gamelan
Melayu dikatakan berasal dari kerajaan Srivijaya pada abad ke – 7 dan ke – 13
yang kemudiannya berkembang ke Kesultanan Diraja Riau. Pada tahun abad ke –
19, gamelan telah di bawa ke Pahang dan Gamelan Melayu merupakan antara alat muzik yang tertua yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia.
|
Gamelan
Jawa dikatakan kesinambungan muzik yang berterusan yang ditemui pada zaman
Majapahit. Bukti awal berkenaan alat muzik gamelan adalah berdasarkan kepada
satu siri batu ukiran yang di Candi Borobodur di Jawa Tengah sekitar 800
tahun sebelum Masihi.
|
Fungsi
|
Muzik
gamelan wujud terutamanya di kalangan kelas pemerintah dan telah diwariskan
kepada Istana Penyengat, Riau, ke Istana Pahang dan kemudiannya ke Istana
Terengganu. Peranan asal gamelan ini
adalah sebagai iringan kepada tarian yang dikenali sebagai Joget Pahang. Ia
biasanya dilakukan untuk tetamu diraja pada majlis-majlis khas.
|
Muzik
gamelan berfungsi sebagai muzik iringan kepada persembahan Jawa yang popular
seperti wayang kulit, barongan dan kuda kepang.
Gamelan
dimainkan sebagai muzik rakyat untuk keseronokan awam di ruang terbuka dan
dilakukan semasa acara-acara seperti kelahiran, perkahwinan, perayaan menuai
dan sebagainya
|
Alat Muzik
|
Alat
muzik Gamelan Melayu terdiri daripada tujuh instrumen utama seperti gendang,
keromong, gambang, saron demong, saron barung dan sepasang gong agung dan
gong suwukan.
|
Terdapat lebih daripada 19 hingga 20 jenis
alat muzik yang digunakan dalam sesebuah orkestra. Sebahagian alat tersebut
menyerupai alat Gamelan Melayu dan selebihnya adalah termasuk slentem,
kempul, ketuk, gender, celempung, suling dan rebab.
|
Melodi/Tona
|
“Anhemitonic
Pentatonic” skala (slendro)
|
Tona
Slendro dan pelog
|
Pengaruh Agama
|
Gerakan
tarian Gamelan Melayu dipengaruhi perbuatan
amalan sewaktu mengerjakan ibadah haji.
|
Muzik
dan tarian Gamelan Jawa mempunyai dipengaruhi oleh dengan Wali Songo (sekumpulan
ahli agama menjadi figura kepada masyarakat Indonesia). 9 jenis tona pelog
(1,2,3,4,5,6,7, 7-bawah dan 1 atas) merupakan signifikan terhadap 9 orang
Wali Songo yang mana menggunakan gamelan sebagai alat dakwah untuk menyebar
agama Islam.
|
Tradisi
Persembahan
|
Gamelan
Melayu bermula dengan sekumpulan orang yang memperkenalkan penarinya sekali.
Sebagai contoh lagu ayak-ayak mengiringi bersama tarian pembukaan dan
kemudian lagu Lolo dan Lonang. Selepas pembukaan lengkap dengan penari, jalan
cerita yang spesifik dan begitu juga dengan tona instrumen akan di mainkan
jika perlu. Gamelan Melayu menggunakan “prop” sebagai tambahan yang biasa
digunakan dalam persembahan.
|
Persembahan
dimulakan dengan upacara sajian. Ketua gamelan akan mengetuai upacara sembah dengan membakar kemenyan, membaca jampi dan
mengunyah sireh daripada dulang sajian. Di akhir upacara sembah ini, dulang
akan diletakkan di belakang skrin pentas dan persembahan di jalankan dengan
tarian serimpi, kupu-kupu atau lilin. Secara umumnya, tarian tersebut
disediakan sebagai selingan kepada persembahan utama Ludruk atau Ketoprak.
Selingan tersebut termasuklah nyanyian, silat, komedi dan juga alat instrumen
muzik gamelan.
|
Menarik sekali membaca paparan tentang Gemelan. Dengan begitu saya ingin menambahkan beberapa maklumat, yang mungkin dapat menjadi renungan. 1. Asal Usul. Berdasarkan sejarah gemelan di Indonesia . gamelan tiada kena mengena dengan wujudnya jaman Sriwijaya dan Majapahit, iya telah ada semenjak jaman Kediri.Bentuk gamelan Melayu dari Lingga adalah bersamaan bentuk gamelan di Jawa yang ada sekarang yang mula dapat dilihat wujudnya baru semenjak jaman Mataram abad ke 17. Manaka kala nama lagu2nya sama dengan lagu gamelan di Jawa seperti : Lonang, Lolo, Ketawang, Topeng, Lambang sari, Ayak2 dst demikian juga nadanya yang disebut nada Slendro. 2. Tradisi Persembahan. Dari wujud alatnya di Jawa ada banyak gamelan, Gamelan Monggang, Kodok Ngorek, Cara Balen, Sekaten, Gamelan Ageng ( nada pelog dan slendro dalam satu set lengkap) Dengan fungsi musikal untuk mengiringi tarian, teater ( ludruk, ketoprak, wayang wong dan sandiwara) dan wayang kulit dan juga sebagai persembahan konser musik. Manakala bagi fungsi sosial adalah untuk meraikan majlis Pengantin, Sambut Tetamu, Hari jadi, Khitan, kelahiran Bayi dan belbgai lainnya. Upacara Sajian seperti yang tertulis, hanya lazim berlaku untuk persembahan wayang kulit semalam suntuk ( dari jam 9 mlm - Jam 4 pagi). Setahu saya tidak ada tari Lilin dalam repertoar Tari Jawa , mungkin ianya berlaku di Malaysia.
ReplyDeleteBagus Pak Herman
Deletealhamdullilah , satu rujukan yang sangat lengkap. tahniah.
ReplyDeletejika sejarah gamelan terpahat di dinding candi borobudur, bisa dikatakan seni gamelan berasal dari wangsa syailendra dari sumatra, sebab yang membangun candi itu adalah wangsa syailendra. mungkin saja seni ini dibawa oleh srivijaya ke bhumi jawa.
ReplyDeletejangan ngawur kamu, selain di candi borobudur, relief gamelan ada di candi lain yaitu candi prambanan, candi jago, candi ngrimbi, candi kedaton, candi tegawangi, candi penataran (terdapat di induk candi dan pendopo teras), dan candi sukuh
Delete