Menurut Ahmad Farid Abd Jalal (2008)[1],
gamelan boleh didefinisikan sebagai perkataan yang berasal dari kedua-dua
bahasa asli moden dan purba Indonesia yang mempunyai semua makna seperti
bermain muzik, memukul seperti dram, orkestra dan gangsa. Perkataan ‘Gamel’
membawa maksud untuk tujuan memukul atau tukul tetapi masyarakat Jawa
kemudiannya menggunakan perkataan tersebut bermaksud bermain alat muzik.
Walaubagaimanpun, di Malaysia gamelan dirujuk sebagai satu kesatuan yang
terdiri daripada beberapa instrumen yang di palu dan kadang-kadang ia boleh
diiringi dengan alat muzik dari jenis tali atau alat tiup. Merujuk kepada Ahmad
Farid Abdul Jalal dalam penulisannya yang berjudul “Joget Pahang ~ Gamelan
Melayu” menyatakan terdapat perbezaan diantara Gamelan Melayu dengan Gamelan
Jawa yang dinyatakan seperti berikut :
KATEGORI
|
GAMELAN MELAYU
|
GAMELAN JAWA
|
Asal - Usul
|
Gamelan
Melayu dikatakan berasal dari kerajaan Srivijaya pada abad ke – 7 dan ke – 13
yang kemudiannya berkembang ke Kesultanan Diraja Riau. Pada tahun abad ke –
19, gamelan telah di bawa ke Pahang dan Gamelan Melayu merupakan antara alat muzik yang tertua yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia.
|
Gamelan
Jawa dikatakan kesinambungan muzik yang berterusan yang ditemui pada zaman
Majapahit. Bukti awal berkenaan alat muzik gamelan adalah berdasarkan kepada
satu siri batu ukiran yang di Candi Borobodur di Jawa Tengah sekitar 800
tahun sebelum Masihi.
|
Fungsi
|
Muzik
gamelan wujud terutamanya di kalangan kelas pemerintah dan telah diwariskan
kepada Istana Penyengat, Riau, ke Istana Pahang dan kemudiannya ke Istana
Terengganu. Peranan asal gamelan ini
adalah sebagai iringan kepada tarian yang dikenali sebagai Joget Pahang. Ia biasanya
dilakukan untuk tetamu diraja pada majlis-majlis khas.
|
Muzik
gamelan berfungsi sebagai muzik iringan kepada persembahan Jawa yang popular
seperti wayang kulit, barongan dan kuda kepang.
Gamelan
dimainkan sebagai muzik rakyat untuk keseronokan awam di ruang terbuka dan
dilakukan semasa acara-acara seperti kelahiran, perkahwinan, perayaan menuai
dan sebagainya
|
Alat Muzik
|
Alat
muzik Gamelan Melayu terdiri daripada tujuh instrumen utama seperti gendang,
keromong, gambang, saron demong, saron barung dan sepasang gong agung dan
gong suwukan.
|
Terdapat lebih daripada 19 hingga 20 jenis
alat muzik yang digunakan dalam sesebuah orkestra. Sebahagian alat tersebut
menyerupai alat Gamelan Melayu dan selebihnya adalah termasuk slentem,
kempul, ketuk, gender, celempung, suling dan rebab.
|
Melodi/Tona
|
“Anhemitonic
Pentatonic” skala (slendro)
|
Tona
Slendro dan pelog
|
Pengaruh Agama
|
Gerakan
tarian Gamelan Melayu dipengaruhi
perbuatan amalan sewaktu mengerjakan ibadah haji.
|
Muzik
dan tarian Gamelan Jawa mempunyai dipengaruhi oleh dengan Wali Songo (sekumpulan
ahli agama menjadi figura kepada masyarakat Indonesia). 9 jenis tona pelog
(1,2,3,4,5,6,7, 7-bawah dan 1 atas) merupakan signifikan terhadap 9 orang
Wali Songo yang mana menggunakan gamelan sebagai alat dakwah untuk menyebar
agama Islam.
|
Tradisi Persembahan
|
Gamelan
Melayu bermula dengan sekumpulan orang yang memperkenalkan penarinya sekali.
Sebagai contoh lagu ayak-ayak mengiringi bersama tarian pembukaan dan
kemudian lagu Lolo dan Lonang. Selepas pembukaan lengkap dengan penari, jalan
cerita yang spesifik dan begitu juga dengan tona instrumen akan di mainkan
jika perlu. Gamelan Melayu menggunakan “prop” sebagai tambahan yang biasa
digunakan dalam persembahan.
|
Persembahan
dimulakan dengan upacara sajian. Ketua gamelan akan mengetuai upacara
sembah dengan membakar kemenyan,
membaca jampi dan mengunyah sireh daripada dulang sajian. Di akhir upacara
sembah ini, dulang akan diletakkan di belakang skrin pentas dan persembahan
di jalankan dengan tarian serimpi, kupu-kupu atau lilin. Secara umumnya,
tarian tersebut disediakan sebagai selingan kepada persembahan utama Ludruk
atau Ketoprak. Selingan tersebut termasuklah nyanyian, silat, komedi dan juga
alat instrumen muzik gamelan.
|
[1] Ahmad Farid Abd Jalal.
(2008). Joget Pahang~Gamelan Melayu The Classical Ensemble of The Pahang Royal
Court. Pahang : Lembaga Muzium Negeri
Pahang
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHow to get this book?(Joget Pahang~Gamelan Melayu The Classical Ensemble of The Pahang Royal Court. )
ReplyDelete