Menurut Ahmad Farid
(2008), muzik Gamelan Melayu tiada dokumentasi atau notasi yang dibuat secara
formal kerana ia disampai melalui percakapan yang disampai kepada generasi ke
generasi dan hanya pada sekitar tahun 1960-an barulah muzik gamelan itu di
notasikan secara formal. Seterusnya dalam memartabatkan Gamelan Melayu, muzik
tradisi ini terus dipelihara dan di ajar kepada generasi-generasi oleh tenaga
pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang muzik gamelan dan juga orang –
orang kuat tradisi “pencinta gamelan’. Berikut antara stail dan teknik yang
telah diilustrasikan dengan kaedah “Generix
Expression”.
Contoh
1 :
|
1 1 2 3 | 5 3 2
1 |
Notasi ini ditunjukkan secara dalam
konsep yang lebih mudah yang tidak merujuk kepada instrument tertentu. Di mana
notasi ini boleh dimainkan oleh pemain dengan menggunakan semua instrumen
gamelan. Nada ini diajar pada peringkat permulaan kepada pemain bagi memudahkan
pemain mudah mentafsir melodi.
5.1 NOTASI LAGU “TIMANG BURUNG”
Lagu Timang Burung merupakan lagu asas yang di ajar
kepada pemain dengan menggunakan konsep asas “Generis Expression”. Biasanya
pemain akan mula bermain dengan belajar mengetuk alat gamelan berdasarkan nota
asas tersebut,
| - 5
5 2 | 3 2 3 5 | -
3 5 6 | 5
3 2 5 |
| - 5
5 2 | 3 2 3
5 |
- 3 5
6 | 5
3 2 3 |
| - 3
2 1 | 1 2
3 1 |
3 2 1
1 | 5
6 i 2 |
| - 2
2 3 | 6 5 3 2 |
3 2 1
1 | 5
5 3 5 |
5.2 LIRIK LAGU TIMANG BURUNG
Lagu
Timang Burung[1] ini sangat popular dan boleh dikatakan lagu
wajib di mainkan di upacara-upacara perkahwinan dan persembahan di sesebuah
acara.
Timang-timang
burungku sayang
Mari ku timang ,
mari ku dendang
Hati rindu pada
cik abang
Siang malam
terbayang-bayang
Timang burung,
Anak raja turun
ke taman
Timang-timang
burung terebang
Hinggap mari di
dahan kayu
Wajah tuan
terkenang-kenang
Tidur tak lena,
makan tak lalu
Timang burung
Ala sayang si
lambang sari
Anak merbuk,
anak merpati
Turun mari di
atas dahan
Abang seorang
kekasih hati
Tiada yang lain
darimu tuan
Timang burung,
Anak raja turun
ke taman
Anak tiong
terbang sekawan
Turun mari dahan
berduri
Di angin lalu ku
kirim pesan
Rindu ku
tanggung seorang diri
Timang burung,
Ala sayang si
lambang sari
Burung nuri
terbang tinggi
Turun mari di
atas dahan
Mari-mari
kekasih hati
Aku rindu padamu
tuan
Timang burung
Anak raja turun
ke taman
[1] Riesna Zasly. (2012). Warisan Gamelan Melayu – Timang
Burung. Di muat turun pada 31 Mac 2014 dari laman blog http://riesnazasly.blogspot.com/2012/03/warisan-gamelan-melayu-timang-burung.html
Thank you sangat sangat.. amat membantu untuk assignment saya... ^^
ReplyDeletesaya nak skor tanggal 31 versi gamelan boleh ?
ReplyDelete